Twitter Facebook Back home Follow me
♥ Fieza Story's ♥
✿ JODOH ITU MILIK KITA ✿
Friday, 28 March 2014 @ Friday, March 28, 2014 | 0 Teddy [❤]


Ehemm ! Ehemm ! Peliss tersedak sikit baca title kita tu. Hihi. Dalam hidup ni biasalah bila dah berjumpa, berpisah. Lumrah hidup. Bak kata pepatah Melayu 'dimana ada pertemuan, disitulah ada perpisahan..' betul ke ayat aku ni, macam tonggang langgang jek bunyinya !  Tidak kira sama ada perpisahan didunia mahupun ajal yang meminta. 

Tapi yang Fieza nak story sekarang ni bukan tentang yang namanya 'lelaki'. Tapi nak story tentang meoow Fieza. Dulu Fieza ada meoww. Memang comel sangat ! Fieza namakan dia buntal. Tapi selepas nenek jatuh sakit hari tu, dalam bulan 1 2014, Buntal pun tetiba hilang larikan diri entah kemana. :'(

Fieza tak tahu bila masa dia hilang sebab Fieza asyik bersedih sambil uruskan nenek yang sakit. Tambah pulak dapat tahu yang Buntal hilang, Fieza rasa down giler time tu ! Seriously. Pulak tu Fieza dah takde tempat nak share problem time tu, 'dia' dah pun tinggalkan Fieza dan lebih memilih perempuan yang Fieza pun tak kenal siapa dia. Tapi sekarang Fieza dah redha. Mungkin sebab Fieza ni tak cukup sempurna pada 'dia'. Fieza redha dengan ketentuan Allah. Mungkin akan ada yang lebih baik dari 'dia' Fieza akan jumpa nanti. Insya'allah. Cuba bayangkan semua tu berlaku sekelip mata, serentak ! Memang down tu tak payah cakaplah tahap apa kan. Memang rasa sedih sangat3. :'(

Fieza ni orangnya bukan kuat semangat pun. Memang tahunya nanges je time tu. Serabut sangat kepala sebab Fieza ada tanggungjawab yang besar. Jaga nenek yang sakit teruk time tu. Cuba bayangkan nenek tak dapat fikir apa-apa. Tak kenal siapa keluarga, makan kena suapkan, Fieza kena bagi makan ubat setiap hari. Memasak, kemas rumah, basuh kain, bagi arnab2 makan lagi. Semua tu memang tugas Fieza, tapi alhamdulillah. Syukur sangat nenek sekarang dah sembuh. Sehat lagi cergas. Ya Allah, cuba bayangkan nenek terlantar je atas katil sebelum ni apa yang Fieza fikir, nenek boleh sembuh ke tak sambil berfikir sambil menanges dalam hati. Tiap-tiap hari macam tu. Nangess je Fieza tahu. 

Tapi dengan izin Allah nenek kembali sehat macam biasa sekarang ni. Alhamdulillah, rasa sangat2 bersyukur tau. Lepas tu yang Fieza rasa gembira sangat2 sekarang ni nak tahu kenapa ? Tadi tetiba ada anak kucing datang rumah Fieza ni. Wee ! Anak kucing ! Comel bakhang pulak tu ! Hm. Gila kalau kita cakap kita tak suka. Wuu. Lelaju amek kucing tu bagi makan, minum dan sekarang kita bela dia. Hihi. Lagipun anak kucing tu nampak macam takde family, kelaparan.. So, Fieza decide terus nak amek dia dan bela. Fieza nak namakan dia Buntal sempena nama kucing Fieza yang hilang masa tu. Hihii :D

Sekarang, hidup Fieza rasa bahagia sangat-sangat. Dengan adanya meoww yang comel lagi kiut, nenek yang periang, dan family yang gempak hot awesome meletop top top tu buat hidup kita rasa sangat2 bermakna. Walaupun Fieza kehilangan 'dia' yang Fieza betul2 sayang suatu ketika dulu, tapi Allah itu mahal adil. Allah dah bagi Fieza kebahagiaan dan kegembiraan sekarang. Fieza percaya suatu hari nanti cepat atau lambat mungkin akan datang seseorang yang Allah memang dah tuliskan untuk melindungi dan menjaga Fieza dunia akhirat. Insya'allah. Jodoh itu semua rahsia Allah. Cepat atau lambat kita sahaja yang tidak tahu. 




Jadi Fieza tak mahu pikir dulu boyfriend ke hape. Insya'allah suatu hari nanti. Sekarang ni Fieza kawan je dengan semua orang yang nak berkawan dengan Fieza. Fieza nak fokus tentang kerjaya dulu. Nak cari kerja, kumpul duit untuk konvo, beli kereta.. dll. Hehe. 

Atas ni pic separuh daripada Family Fieza taw. Ni baru separuh. Hee nampak sangat2 meriahkan family kami. Yup ! Dorang yang selalu buat kita sentiasa tersenyum. Hihi. Bawah ni gambar meoww Fieza yang baru jumpa tadi. Comel tak ? Comel tak ?! Pic ni baru hamekk tadi sebab tu muka aku serabai sebab pakai sarung jek tudung nak amek gambo ngan meow punya pasal. Hakhak ! --''








Rasa macam sangat-sangat panjang entry kali ni. Tapi ini laa hakikatnya kisah hidup saya yang bernama Miss Fieza. Tak perlu nak terharu cuma ini lah kenyataannya. Now, I'm happy with my new life. Genitee ! Salam :)

Sincerely,
Princesscute










Hello stalker ! Welcome to my world. I'm Fieza Inlurve. From Jaybee. 24 years old. Tenkiu coz' visit my blog :)




DiaryAbout






Re.designer :Izyanyancinnamon
Edit by :Fieza Inlurve
Resources :

Note: All the content in this blog own by me unless stated. Do not copy and rip anything here . Tell me if I use your goodies without credit .