✿ KAU SAHABAT, KAU TEMAN, KAU SEGALANYA ✿
Saturday, 3 May 2014 @ Saturday, May 03, 2014 | 2 Teddy [❤]
Kau datang tanpa ku sadari
Kau muncul saat ku lagi sendiri
Yang pada masa itu sedang jatuh
Jatuh terjunam
Aku pasti yang aku tidak akan bangkit lagi
Tapi sejak kemunculan kau
Sejak kehadiran kau
Buat aku rasa yang hidup ini indah
Lebih indah dari yang ada
Kau sangat berbeza
Sangat berbeza dari beribu orang yang ku kenal
Kau tidak hipokrit
Kau sangat jujur
Kau seorang yang sangat berterus-terang
Kau pandai menjaga adabmu
Kau sering mengingatkan aku dengan solatku
Kau membuatkan diriku rasa bahagia
Sangat bahagia
Sehingga membuatkan hatiku yang dulunya beku
Menjadi lebur dan sangat lebur
Kau jualah penawar
Penawar kepada segala kesakitan
Keperitan yang ku rasakan sebelum ini
Hilang, lesap, lenyap
Yang tinggal sekarang hanyalah perasaan bahagia
Bahagia dapat mengenali kau
Hanya kau..
" Kau sahabat, kau teman, kaulah segalanya.."
Insya'allah..
Hasil Coretan,
✿ TANGGAL '21 ✿
Monday, 21 April 2014 @ Monday, April 21, 2014 | 1 Teddy [❤]
Tanggal '21
Membawa beribu maksud
Tersimpan berjuta kenangan
Masihkah kau ingat ?
Saat kita menggenggam janji
Menggulung beribu harapan
Pada tanggal ini
Aku pasti kau takkan lupa
Akan tanggal '21 ini
08.50 p.m ikatan janji termeterai
Antara kita
Tapi kini ku mengerti
Segalanya hanya sebuah mimpi.. :')
Hasil Coretan,
Fieza Inlurve❤
✿ SENYUMLAH WAHAI HATI ✿
Sunday, 20 April 2014 @ Sunday, April 20, 2014 | 0 Teddy [❤]
Wahai 'hati'
Senyumlah engkau walau dalam keadaan sedih sekalipun
Kerana dengan sebuah 'senyuman'
mampu membakar segala rasa duka
yang ada dalam hati...
Wahai hati
Janganlah kau menunjukkan rasa simpati kau
di hadapan manusia-manusia lain
Kerana mereka hanya tahu dengan sebuah senyuman
Kau adalah seorang yang kuat lagi tabah
Maka
Senyumlah wahai hati :')
Hasil Coretan, Fieza Inlurve ❤ ✿ AKU, KAU DAN DIA ✿
@ Sunday, April 20, 2014 | 0 Teddy [❤]
Kau,
Masih tak berubah seperti dahulu
Masih kau yang ku kenal dulu
Cuma yang membezakan kita disini
Kau yang dahulu dengan yang sekarang
Hati kau...
Dia,
Siapakah dia ? Masih ku tertanya-tanya dalam hati
Siapakah dia sehingga boleh membuat kau berubah hati
Jadi seperti sekarang ini
Sampai boleh menundukkan keegoan kau
Yang dulunya tinggi..
Aku,
Adakah aku patut berbangga dengan dia ?
Yang sememangnya telah memiliki kau saat ini
Atau aku patut bersedih, menangis, dan redha
dengan kebahagiaan kau dan dia..
Mungkin ini jalan yang terbaik
Untuk aku, kau, dan dia..
"Aku mengalah.."
Mungkin takdir memang tak berpihak padaku
Sedangkan harapan yang ku pegang selama ini
Terlalu tinggi.. seperti langit ke tujuh
Seperti bintang-bintang yang muncul pada waktu malam
Tidak boleh dicapai tetapi hanya boleh melihat, merenung
Ku membawa hati ini pergi
Jauh dari dunia khayalan
Walaupun hati tidak cukup kuat untuk memikul
Ku tahu Allah sentiasa bersamaku :')
Hasil Coretan,
Fieza Inlurve ❤
✿ JODOH ITU MILIK KITA ✿
Friday, 28 March 2014 @ Friday, March 28, 2014 | 0 Teddy [❤]
Ehemm ! Ehemm ! Peliss tersedak sikit baca title kita tu. Hihi. Dalam hidup ni biasalah bila dah berjumpa, berpisah. Lumrah hidup. Bak kata pepatah Melayu 'dimana ada pertemuan, disitulah ada perpisahan..' betul ke ayat aku ni, macam tonggang langgang jek bunyinya ! Tidak kira sama ada perpisahan didunia mahupun ajal yang meminta.
Tapi yang Fieza nak story sekarang ni bukan tentang yang namanya 'lelaki'. Tapi nak story tentang meoow Fieza. Dulu Fieza ada meoww. Memang comel sangat ! Fieza namakan dia buntal. Tapi selepas nenek jatuh sakit hari tu, dalam bulan 1 2014, Buntal pun tetiba hilang larikan diri entah kemana. :'(
Fieza tak tahu bila masa dia hilang sebab Fieza asyik bersedih sambil uruskan nenek yang sakit. Tambah pulak dapat tahu yang Buntal hilang, Fieza rasa down giler time tu ! Seriously. Pulak tu Fieza dah takde tempat nak share problem time tu, 'dia' dah pun tinggalkan Fieza dan lebih memilih perempuan yang Fieza pun tak kenal siapa dia. Tapi sekarang Fieza dah redha. Mungkin sebab Fieza ni tak cukup sempurna pada 'dia'. Fieza redha dengan ketentuan Allah. Mungkin akan ada yang lebih baik dari 'dia' Fieza akan jumpa nanti. Insya'allah. Cuba bayangkan semua tu berlaku sekelip mata, serentak ! Memang down tu tak payah cakaplah tahap apa kan. Memang rasa sedih sangat3. :'(
Fieza ni orangnya bukan kuat semangat pun. Memang tahunya nanges je time tu. Serabut sangat kepala sebab Fieza ada tanggungjawab yang besar. Jaga nenek yang sakit teruk time tu. Cuba bayangkan nenek tak dapat fikir apa-apa. Tak kenal siapa keluarga, makan kena suapkan, Fieza kena bagi makan ubat setiap hari. Memasak, kemas rumah, basuh kain, bagi arnab2 makan lagi. Semua tu memang tugas Fieza, tapi alhamdulillah. Syukur sangat nenek sekarang dah sembuh. Sehat lagi cergas. Ya Allah, cuba bayangkan nenek terlantar je atas katil sebelum ni apa yang Fieza fikir, nenek boleh sembuh ke tak sambil berfikir sambil menanges dalam hati. Tiap-tiap hari macam tu. Nangess je Fieza tahu.
Tapi dengan izin Allah nenek kembali sehat macam biasa sekarang ni. Alhamdulillah, rasa sangat2 bersyukur tau. Lepas tu yang Fieza rasa gembira sangat2 sekarang ni nak tahu kenapa ? Tadi tetiba ada anak kucing datang rumah Fieza ni. Wee ! Anak kucing ! Comel bakhang pulak tu ! Hm. Gila kalau kita cakap kita tak suka. Wuu. Lelaju amek kucing tu bagi makan, minum dan sekarang kita bela dia. Hihi. Lagipun anak kucing tu nampak macam takde family, kelaparan.. So, Fieza decide terus nak amek dia dan bela. Fieza nak namakan dia Buntal sempena nama kucing Fieza yang hilang masa tu. Hihii :D
Sekarang, hidup Fieza rasa bahagia sangat-sangat. Dengan adanya meoww yang comel lagi kiut, nenek yang periang, dan family yang gempak hot awesome meletop top top tu buat hidup kita rasa sangat2 bermakna. Walaupun Fieza kehilangan 'dia' yang Fieza betul2 sayang suatu ketika dulu, tapi Allah itu mahal adil. Allah dah bagi Fieza kebahagiaan dan kegembiraan sekarang. Fieza percaya suatu hari nanti cepat atau lambat mungkin akan datang seseorang yang Allah memang dah tuliskan untuk melindungi dan menjaga Fieza dunia akhirat. Insya'allah. Jodoh itu semua rahsia Allah. Cepat atau lambat kita sahaja yang tidak tahu.
Jadi Fieza tak mahu pikir dulu boyfriend ke hape. Insya'allah suatu hari nanti. Sekarang ni Fieza kawan je dengan semua orang yang nak berkawan dengan Fieza. Fieza nak fokus tentang kerjaya dulu. Nak cari kerja, kumpul duit untuk konvo, beli kereta.. dll. Hehe.
Rasa macam sangat-sangat panjang entry kali ni. Tapi ini laa hakikatnya kisah hidup saya yang bernama Miss Fieza. Tak perlu nak terharu cuma ini lah kenyataannya. Now, I'm happy with my new life. Genitee ! Salam :)
Sincerely, Princesscute ✿ KENDURI ARWAH ATOK ✿
@ Friday, March 28, 2014 | 0 Teddy [❤]
See ! Muka I sama macam gambar meoww kat atas ni. Huhuu T_T
Fieza penatlah dari malam tadi busy dengan kenduri arwah atok ni. Now baru settle semua. Siap dah cuci pinggan mangkuk dah. Hii ! Baru buat kenduri arwah dah riuh satu rumah macam hape. Belum kenduri aku tunang or kahwin nanti. Kihkih. Erm. Tapi lambat lagi la citer dia kalau nak tunggu kita tunang sebab sekarang laki pun Fieza takde. Malas nak pikir2 dulu buat masa ni. Insya'allah satu hari nanti. Hehe :)
Opss ! Lari topik pulak dah. Tapi sekarang Fieza dah free tak tau nak buat apa so update entry lerr ! XD Tadi Farhan nak online tapi kita laju2 block dia terus bukak blog ni update. Hee kesian dia. Btw, walaupun hari ni penat sesangat tapi suasana rumah ni sangat meriahh ! Lagi2 dapat berkumpul satu family kan. Seronokk !
Okeyy. Nanti Fieza update lagi. Kbaiii :)
#macam kanak-kanak riang entri haku ni. Hakhak. Aku punya blog aku punya suka laa :P
✿ GELAGAT BABY QISYA ✿
Thursday, 27 March 2014 @ Thursday, March 27, 2014 | 0 Teddy [❤]
Bila tengok budak tecik ni rasa geram jekk haku. Rasa macam nak gigit-gigit pipi dia yang terlebih tu taw ! Hakhak. -.-'' Btw comelkan anak ucu kita ni ! Nur Qalisya Arianna nama dia. Muka dia ni sebiji macam ayah dia masa kecik tau :)
|
Re.designer :Izyanyancinnamon Note: All the content in this blog own by me unless stated. Do not copy and rip anything here . Tell me if I use your goodies without credit . |